Selasa, 31 Mei 2011

BLACK HOLE


Lubang Hitam (black hole) wujud akibat pemusatan daya yang sangat besar, dan memiliki daya graviti yang sangat hebat. Para saintis astronomi seringkali menganggap lubang hitam sebagai perkuburan mega di angkasa raya karna daya tarikan graviti super yang dimilikinya mampu menyedot hampir semua benda, termasuk cahaya dan radiasi elektromagnetik ke dalamnya. 
Teori berkenaan lubang hitam pertama kali muncul pada abad ke-18, oleh John Michell dan Piere Simon Laplace sebelum dikembangkan oleh Stephen William Hawking berdasarkan teori relativiti umum, ilham Albert Einstein. 
Bagaimanakah lubang hitam terbentuk? Ini sangat menarik untuk dibahaskan. 
Dikatakan, lubang hitam terhasil apabila sesuatu objek sudah tidak mampu lagi bertahan terhadap tindakan daya gravitinya sendiri. Ini menyebabkan atom dan nuklear objek tersebut menjadi sangat tidak stabil sekaligus musnah dan terserap ke dalam daya gravitinya sendiri. Kekuatan medan graviti lubang hitam akan makin bertambah apabila ia menyerap objek2 lain berhampiran dengannya, atau jika dua atau lebih lubang hitam bergabung menjadi satu.
Dikatakan terdapat satu lubang hitam di dalam galaksi Bima Sakti kita ini. Para astronomers menamakannya Cygnus X-I, dan ia terletak beberapa billion tahun cahaya dari pusat Bima Sakti.

Tentang Bulan

Mengikuti legenda masyarakat Greek purba, Bulan dikatakan terjadi apabila Thea [dewi ibu bulan] yang  berukuran hampir separuh daripada siaz planet Bumi, kira-kira 4 billion tahun yang lampau.
Akibat benturan itu, debu-debu dari kerak Bumi telah terlepas sehingga ke angkasa lepas. Seterusnya, debu-debu yang terkumpul di angkasa ini telah melalui satu proses yang dinamakan akresi. Melalui proses ini, debu-debu yang terperangkap dalam graviti Bumi ini mula menarik antara satu sama lain sehingga membentuk satu jasad batu, kira-kira 1/50 dari saiz Bumi.

Lama-kelamaan, batuan yang terbentuk ini mula mengeras, dan mula memantulkan cahaya dari Matahari ke permukaan Bumi. Batuan ini diberi nama Bulan [moon].
Sejak itu, Bulan telah banyak membantu Bumi, antaranya menstabilkan Bumi pada kecondongan 45 derajat di atas saatnya. Tanpa Bulan, kedudukan Bumi pada saatnya tidak akan stabil dan akan senantiasa bergerak pada sudut antara 0-90 derajat, yang akan menyebabkan Bumi menjadi kucar kacir.
Tetapi, semakin masa bergerak pantas ke depan...tarikan graviti antara Bulan dan Bumi semakin lemah. Setiap tahun, kedudukan Bulan dikatakan semakin menjauh beberapa sentimeter daripada Bumi. Pergerakan Bulan yang semakin menjauh inilah menyebabkan ikatan graviti Bumi semakin lemah.
Saintis melalui bantuan simulasi komputer di pusat kajian angkasa lepas ESA mengatakan, dalam masa 2 billion tahun akan datang, kedudukan Bulan sudah sangat menjauh dari Bumi. Bulan bukan lagi satelit Bumi, dan tidak ada lagi sinar cahaya Bulan penuh pada waktu malam di langit Bumi.  Gerhana Matahari dan gerhana Bulan juga akan menjadi sejarah pada umat akan datang. Semua ini tidak akan berlaku lagi. 
Pada masa ini, kedudukan Bumi pada saatnya menjadi sangat tidak stabil. Seluruh kehidupan yang ada di Bumi akan terancam. Dan dalam masa 5 billion tahun selepas itu, Matahari pula akan mulai menjadi lemah, dan jisimnya semakin susut...sebelum meletup mati lalu menjadi lubang hitam kedua di Bima Sakti selepas Cygnus-xI

Tidak ada komentar:

Terimakasih Atas Kunjungannya, Salam...